Monday 7 May 2012

Kehilangan barang kesayangan.



Pada 18 april 2012 dan pada jam 8-11.30 iaitu hari selasa minggu lepas aku telah kehilangan benda yang aku sayang..Aku memang tak sangka perkara ini boleh terjadi. Tapi nak buat macam mana semua ini adalah takdir. Aku terpaksa terima dengan hati yang ikhlas. Aku rasa aku telah melaburkan wang yang banyak untuk benda itu, tetapi bende itu sudah tiada dan ia tidak akan kembali lagi. Benda yang aku sayang itu ialah kereta control aku. haha. Memang cerita ini agak kelakar tetapi ini serius. Kereta aku hilang di hostel ikm kl. Aku sudah mencari di setiap bilik yang ada. tapi tidak jumpa. Rasa sedih itu ada dan rase marah itu memang ada..kalau la jumpa siapa yang mengambil kereta control aku itu memang tak sempat ambil final exam la orang itu. Tp jikalau dapat, kalau tidak dapat redha saja lah. Pernah terfikir nak beli lagi satu tapi macam membazir pulak sebab harga kereta itu mahal dalam Rm lima ratus untuk kereta sahaja tapi kereta aku dah  melebihi Rm seribu. Seribu itu jika ada boleh beli macam-macam. Banyak lagi nak cerita ni tapi masa tidak cukup...hurmm